Visit BHC facebook

Gereja Katolik, Our Lady of Guadalupe (OLOG), di Puchong, Selangor telah memulakan satu program keluarga angkat pelajar katolik yang dinamakan Bringing Home Catholics, BHC yang direka khas untuk pelajar katolik khususnya yang berasal daripada Sabah dan Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dan inginkan penyesuaian diri dengan baik ke dalam kehidupan kampus walaupun berada jauh dari kampung halaman.

Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan iman katolik selain daripada memberi sokongan emosi kepada pelajar tersebut. Program ini juga akan menyediakan pelajar tersebut dengan rakan-rakan sesama katolik dan juga Suasana Rumah semasa Jauh dari kampung halaman supaya pelajar tersebut mempunyai tempat rujukan pada bila-bila masa mereka memerlukannya terutama berkenaan dengan isu berbangkit di kampus, pertukaran agama dan juga penjagaan iman katolik mereka sewaktu di berada Semenanjung Malaysia.

Tiada sebarang bayaran dikenakan. Semua pelajar dan keluarga angkat yang akan menyertai program dikehendaki untuk mempunyai akaun facebook dan menjadi sahabat kepada facebook: BHC Program Keluarga Angkat Pelajar Katolik.

Pelajar yang sudah memohon dan sedang menunggu surat tawaran ke Universiti/Kolej boleh juga mendaftarkan diri.

Untuk pelajar harap isi borang pelajar

Untuk keluarga angkat harap isi borang host family.